Wednesday, March 24, 2010

Jabatan Bedah Mulut - HBKL

Pada 9.00 pg 23 Mac 10 (Selasa). Aku dihospital besar kerana ada temujanji ngan Doktor Mong, bahagian Jabatan Bedah Mulut.

Sebenarnya, aku ade temujanji untuk buat pembedahan kecil dalam mulut. Pembedahan ni tujuan nya untuk buang gigi bongsu aku belah kanan bawah (MOS 48).

Aku dipanggil masuk lebih kurang dalam pukul 9.20 pg. Doktor Mong pun macam biasa terangkan kat aku, pasal pembedahan ni. Risiko dah semuala.... Doktor Mong ni doktor cina lelaki n muda lagi. Mcm korean, hansome n kemas je. Aku mcm terkejut gak coz jarang ada doktor cina nak keja gov kan.

Doktor terangkan yang dia perlu potong gusi aku untuk buang gigi tu. Kalau tak boleh jugak dia akan potong tulang plak. Ataupun kalau gigi aku ni pecah didalam, dia akan korek keluar dan bersihkan. Risiko plak, maybe aku akan kena rasa kebas dibahagian bawah mulut seumur hidup atau sekejap. Tapi risiko ni 2% je dalam 10000 org yang mungkin akan kena la.

Proses pembedahan pun nak mula dah, doktor cucuk aku ubat bius. Bila cucuk tu memang sakit la. Ubat bius ni yang menyakitkan. Lepas lama sikit, aku pun dh rasa kebas bibir n lidah aku. Doktor kata kalau kebas, kita tak akan rase sakit tajam tapi kita akan rasa tekanan sahaja. Mcm tolak2 tu kita rase la, tp tak sakit. Dia pun test dengan benda tajam kat gusi aku sebelum start bedah. Aku kata tak sakit.

Doktor pun start potong gusi n ape2 lagi ntah. Aku pun tak tau die buat ape. Tp mmg nampak susah la cara die nak kuarkan gigi aku ni. Aku just rase tolak2 kuat2 dlm gigi aku ni. Memang sukar, tapi aku ttp tak sakit coz ubat bius. Doktor ckp aku nye gusi ni banyak isi la.... Siap diorg boleh gelak2 ngan aku mase tengah bedah. Tp doktor ckp ngn nurse die, bagus die ni la...coz maybe aku tak byk bunyi. Relakan je doktor nak buat ape pun. Bila dh berjaya kuar kan gigi, aku pun rase mcm tertarik la. Doktor tunjuk gigi aku, besar jugak. Doktor kata nak simpan ke? hahaha aku gelak aku ckp tak nak la doktor.

Lepas dh kuar, doktor pun bersihkan la darah2 semua sebelum jahit. Doktor pun ambik benang n tunjuk kat nurse. Benang kaler purple, cantik... memang skang benang kaler tu nurse kata. Die pun jahit la gusi aku ni, mmg prof la doktor ni. Aku pun kira la bape kali die jahit. 4 kali jahitan jugak.huhu

Lepas dh jahit doktor pun letak kapas n bagi aku rehat jap sebelum kuar. Doktor check pendarahan semua. Bila aku dh rasa okay n then tunggu kat luar. Lebih kurang dalam pukul 10.00 mcm tu la abis. Kira2 setengah jam la proses bedah tu. Kat luar aku bayar murah je Rm50 utk pembedahan kecil ni. Kalau swasta mesti dh 300 ratus lebih.

Aku pun dapat la MC 3hari...memang best. Lepastu dapat kapas n Panduan Selepas Pembedahan Kecil. Dlm tu semua ade la panduan tentang lepas bedah, ade bengkak n pendarahan semua la. Lagi satu aku dpt temujanji lagi untuk buang benang yg jahit tu mggu depan 30 Mac plak. Hope gusi aku tak luka n tempat bedah tu sembuh cepat.

Alhamdullilah semua dah selamat, aku rase okay dh n lepas ni aku tak la tanggung kesakitan lagi. Disebabkan gigi bongsu aku ni dua2 belah bawah tumbuh separuh je, sbb tu kena buang gak. Tapi belah kiri bwh, mcm tu jugak. Tapi tak sakit sgt, belah kanan yg selalu sakit. Sebab tu la aku buang belah kanan je dulu. Hope lepas ni kiri aku okay dan tak sakit. Cume kena jaga betul2 la...kalau tak same jugak.

2 comments:

Khairun Nisa Jalani said...

da ok nana gigi tu? jgn mkn yg keras2..

Aziana Ariffin said...

okay dah nisa....xsakit dh..hehe

Post a Comment