Thursday, April 1, 2010

15 Tip Untuk Pelajar Cemerlang


Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:

1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.

3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.

4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan dan praktikkan.

5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif. Jangan berputus asa dan sentiasa berfikiran positif.

7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita. Hanya kita yang boleh menolong diri sendiri, bukan orang lain.

8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

Sumber: Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah

USAHA, DOA & TAWAKAL

Insyallah anda pasti berjaya! Amin

ScoreA Programme juga boleh membantu anda untuk cemerlang.


www.scorea.com
Online Demo : 82828

3 comments:

Aziana Ariffin said...

Sila call untuk pertanyaan lebih lanjut
012 240 8144 (Nana) / 012 300 7044 (Ejat)

Anak berjaya score A , IbuBapa score RM

Khairun Nisa Jalani said...

ni btol tip nye.. hehhee

Aziana Ariffin said...

ni baru betui nisa...ko nye tipu2 je

Post a Comment