Friday, February 27, 2015

TEH SANNA AL SUNNAH - MURAH, MUDAH, BERKESAN

TEH SANNA

JOM AMALKAN MINUMAN KESIHATAN INI
WHATSAPPS SAYA SEKARANG 012-240 8144 - sistersflowers

✳Pernahkah ANDA mengalami situasi seperti berikut..?

  •  2-3 hari sekali buang air besar..??? 
  •  Makan banyak..tapi buang cipuuut..??? 
  •  Najis keras mcm batu..??? 
  •  Terpaksa duduk dalam tandas berjam2??? 
  •  Berak berdarah???
  •  ltulah contoh sympton sembelit!!!


 Tahukah anda apa kesan BURUK SEMBELIT???

  •  BUASIR BERDARAH
  •  Bertambah TOKSIN
  • RACUN dlm badan
  •  Rasa serabut Mudah terkena jangkitan penyakit lain (sebab banyak toksin dalam badan)
  •  Antibodi badan semakin lemah


 Cara mengatasinya...

  •  Banyakkan minum air masak... 
  •  makan buah.. 
  •  makan sayur... 
  •  makan oat.. 

Alhamdulillah..jika anda istaqamah dpt amalkan semua itu..pasti akan terubat masalah sembelit anda...

Saya nak kongsi satu produk minuman TEH dgn anda...
sebab saya sendiri tak maintain untuk amalkan tips2 tersebut...

Dengan izin Allah...minuman ini memberi kesan berikut kpd saya:
✳ Simpton awal..buang air besar dan kecil - Tindakan balas sementara dlm proses membuang toksid
✳ Badan rasa makin segar..sihat..ceria..
✳ Rasanya biasa dan tidak kelat
✳ Berat badan turun
✳ Tiada lagi perut buncit
✳ Dijamin HALAL & buatan Malaysia

Berminat untuk cuba & Ikhtiar dengan TEH SANNA ini..boleh wassap saya di ❇012-2408144❇
Semua ini dengan IZIN ALLAH...

Friday, July 23, 2010

Taking Care of Him at Pusrawi




Kesian sgt tgok die mase mula2 kuar dr operation room...muka pucat gile. Operation lama gile tuh agak2 5 jam jugak la...

Tp aku sanggup resign keja baru...hehe coz aku nak jaga die kat wad...

Arini dia dh kat umah...so aku pun berehat dr jadi nurse full time... Seronok sangat dapat jaga dia..n puas ati luangkan masa besama org tersayang..n dpt bantu dia....

Semoga die cepat sembuh la...hope sgt... :-) amin...

I'M Back

Sorry to all blogger,

Now im back....nak kata bz..xjugak. Tp mcm ada je yg xkena bile nk on Blog...

Now, dh kena active balik la....hehe...

Tuesday, April 6, 2010

Final Exam dah nak dekat...ape yg perlu aku buat?


Salam untuk semua blogger....

Final exam aku dah nak dekat ni. 1st paper aku ujung bulan ni 27th april.

Ape yang patut aku buat ye sekarang ni...

Mmmmmmmmmm blogger2 yang ada tips2 gempakz...boleh la kongsi ngan aku kat sini...

Hope korang2 boleh tolong aku...bagi tips2 yg gempakz ye...

Monday, April 5, 2010

Fashion Terkini

Hye semua,

Saya kat sini ade jual baju2 fashion terkini dan murah ye....

If u berminat just visit my facebook photo album: my own collection

Kalau ade yang serious untuk beli sila la sms or email i seperti tertera di photo album i.

Thank U

Thursday, April 1, 2010

15 Tip Untuk Pelajar Cemerlang


Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:

1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.

3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.

4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan dan praktikkan.

5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif. Jangan berputus asa dan sentiasa berfikiran positif.

7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita. Hanya kita yang boleh menolong diri sendiri, bukan orang lain.

8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.

Sumber: Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah

USAHA, DOA & TAWAKAL

Insyallah anda pasti berjaya! Amin

ScoreA Programme juga boleh membantu anda untuk cemerlang.


www.scorea.com
Online Demo : 82828

Wednesday, March 24, 2010

Jabatan Bedah Mulut - HBKL

Pada 9.00 pg 23 Mac 10 (Selasa). Aku dihospital besar kerana ada temujanji ngan Doktor Mong, bahagian Jabatan Bedah Mulut.

Sebenarnya, aku ade temujanji untuk buat pembedahan kecil dalam mulut. Pembedahan ni tujuan nya untuk buang gigi bongsu aku belah kanan bawah (MOS 48).

Aku dipanggil masuk lebih kurang dalam pukul 9.20 pg. Doktor Mong pun macam biasa terangkan kat aku, pasal pembedahan ni. Risiko dah semuala.... Doktor Mong ni doktor cina lelaki n muda lagi. Mcm korean, hansome n kemas je. Aku mcm terkejut gak coz jarang ada doktor cina nak keja gov kan.

Doktor terangkan yang dia perlu potong gusi aku untuk buang gigi tu. Kalau tak boleh jugak dia akan potong tulang plak. Ataupun kalau gigi aku ni pecah didalam, dia akan korek keluar dan bersihkan. Risiko plak, maybe aku akan kena rasa kebas dibahagian bawah mulut seumur hidup atau sekejap. Tapi risiko ni 2% je dalam 10000 org yang mungkin akan kena la.

Proses pembedahan pun nak mula dah, doktor cucuk aku ubat bius. Bila cucuk tu memang sakit la. Ubat bius ni yang menyakitkan. Lepas lama sikit, aku pun dh rasa kebas bibir n lidah aku. Doktor kata kalau kebas, kita tak akan rase sakit tajam tapi kita akan rasa tekanan sahaja. Mcm tolak2 tu kita rase la, tp tak sakit. Dia pun test dengan benda tajam kat gusi aku sebelum start bedah. Aku kata tak sakit.

Doktor pun start potong gusi n ape2 lagi ntah. Aku pun tak tau die buat ape. Tp mmg nampak susah la cara die nak kuarkan gigi aku ni. Aku just rase tolak2 kuat2 dlm gigi aku ni. Memang sukar, tapi aku ttp tak sakit coz ubat bius. Doktor ckp aku nye gusi ni banyak isi la.... Siap diorg boleh gelak2 ngan aku mase tengah bedah. Tp doktor ckp ngn nurse die, bagus die ni la...coz maybe aku tak byk bunyi. Relakan je doktor nak buat ape pun. Bila dh berjaya kuar kan gigi, aku pun rase mcm tertarik la. Doktor tunjuk gigi aku, besar jugak. Doktor kata nak simpan ke? hahaha aku gelak aku ckp tak nak la doktor.

Lepas dh kuar, doktor pun bersihkan la darah2 semua sebelum jahit. Doktor pun ambik benang n tunjuk kat nurse. Benang kaler purple, cantik... memang skang benang kaler tu nurse kata. Die pun jahit la gusi aku ni, mmg prof la doktor ni. Aku pun kira la bape kali die jahit. 4 kali jahitan jugak.huhu

Lepas dh jahit doktor pun letak kapas n bagi aku rehat jap sebelum kuar. Doktor check pendarahan semua. Bila aku dh rasa okay n then tunggu kat luar. Lebih kurang dalam pukul 10.00 mcm tu la abis. Kira2 setengah jam la proses bedah tu. Kat luar aku bayar murah je Rm50 utk pembedahan kecil ni. Kalau swasta mesti dh 300 ratus lebih.

Aku pun dapat la MC 3hari...memang best. Lepastu dapat kapas n Panduan Selepas Pembedahan Kecil. Dlm tu semua ade la panduan tentang lepas bedah, ade bengkak n pendarahan semua la. Lagi satu aku dpt temujanji lagi untuk buang benang yg jahit tu mggu depan 30 Mac plak. Hope gusi aku tak luka n tempat bedah tu sembuh cepat.

Alhamdullilah semua dah selamat, aku rase okay dh n lepas ni aku tak la tanggung kesakitan lagi. Disebabkan gigi bongsu aku ni dua2 belah bawah tumbuh separuh je, sbb tu kena buang gak. Tapi belah kiri bwh, mcm tu jugak. Tapi tak sakit sgt, belah kanan yg selalu sakit. Sebab tu la aku buang belah kanan je dulu. Hope lepas ni kiri aku okay dan tak sakit. Cume kena jaga betul2 la...kalau tak same jugak.